BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, July 22, 2017

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran yang ke 9




Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan. 

 Ya Allah, tiada yang mudah kecuali Engkau yang memudahkan dan Kau jua Ya Allah yang menjadikan yang susah itu mudah. Permudahkanlah kehidupannya dan keluarganya. Jauhkanlah dari segala bala dunia dan akhirat. Jauhkanlah dia dari pujukan iblis dan syaitan serta jauhkanlah dia dari kejahatan manusia dan jin yang memusuhinya dan jauhkanlah dia dari pengaruh nafsu yang menyesatkannya.

Ya Allah, Kau berikanlah padanya kesihatan fizikal dan mental yang terbaik, terangilah hatinya dengan cahaya hidayahMu, Perbaikanlah amalannya dan tunaikanlah hajatnya baik dalam agama, dunia dan akhirat. Hidupkanlah dia dengan keimanan dan matikan lah dia bila sampai masanya dalam keimanan. Sesunguhnya hanya Engkau yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu kejadian.

Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosanya dan kedua ibubapanya serta keluarganya dan semua teman dan sahabatnya kerana hanya Engkau Maha Pengampun akan setiap dosa.

Ya Allah jadikan dia juga seorang mukmin yang solehah kepada semua yang berkaitan dengannya.

Ya Allah, kami menadah tangan mengakhiri permintaan ini dengan permintaan semoga Kau kurniakan segala kebahagiaan, kejayaan, kekayaan dan keindahan kepada sahabat kami ini di dunia dan akhirat. Kau Jadikan dia hamba yang beriman, bertaqwa, beramal soleh dan bersabar atas segala perintahMu dan ketetapanMu.

HARI DAN PERISTIWA




Hari isnin

naiknya nabi Idris ke langit..
nabi Musa a.s berangkat ke bukit Thursina
Rasulullah s.a.w dilahirkan..
malaikat Jibril turun kepada rasulullah s.a.w buat kali pertama.
Amal perbuatan umat Nabi Muhamad dilapurkan pada hari Isnin.
Hari wafatnya Junjungan mulia...nabi Muhamad s.a.w
Bukti keesaan Alah diturunkan..."Qul huwallahu ahad"
serangga ke dalam telinganya.


Hari selasa

wafatnya jurjis
Nabi Yahya a.s wafat pada hari ini.
Nabi zakaria wafat pada hari ini juga..
TUkang sihir Firaun tewas dengan mukjizat Nabi Musa...
Asiah iaitu isteri kepada Firaun wafat pada hari ni.
habil terbunuh hari selasa..


Hari Rabu

Allah meneggelamkan Qarun bersama keluarga dan harta kekayaanya ke dalam perut bumi.
Allah menghancurkan Firaun beserta semua pengikut2nya (kat laut tuh)..
Allah menghancurkan raja Namruz bin Kan'an
Allah menghancurkan kaum nabi Saleh a.s
Allah menghancurkan kaum nabi Hud a.s dengan hembusan angin yang kuat..



Hari Khamis

Nabi Ibrahim bertemu dengan raja mesir.
saudara2 Nabi Yusof berjumpa dengan Nabi Yusof setelah mereka membuang dan mengasingkannya.. (masa nih, Yusof jadi raja mesir yang terkenal).
Bunyamin iaitu saudara kecil nabi yusof datang ke mesir dan berjumpa dengan nabi yusof..
Nabi Yaakub datang ke negeri mesir juga...untuk bertemu anakandanya yang dirindui.
Nabi Musa a.s memasuki mesir pada hari khamis untuk mengajak firaun menyembah kepada Allah.
Rasululllah s.a.w memasuki kota mekah selepas perjanjian hidaibiyah...



Hari Jumaat

Pernikahan antara Adam dan hawa
Pernikahan antara yusof dan zulaikha
Pernikahan antara Nabi Musa a.s dan Shafura binti Nabi syuaib a.s
Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan khadijah khuwailid.
Pernikahan antara nabi sulaiman a.s dengan Ratu balqis dr negeri saba'
Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar.
Pernikahan antara Ali bin Abi Talib r.a dengan fatimah az-zahra



Hari Sabtu

Hari ni pernah disebut oleh Rasulullah sebagai hari tipu daya...sebab.. 1.Kaum Nabi NUh membangkang kepada Nabinya.
Kaum Nabi Saleh mencabar nabinya dengan menyembelih unta yang diamanahkan kepada mereka.
saudara2 Nabi yusof mengkhianati nabi Yusof dengan mencampakkannya ke dalam perigi di padang pasir.
Raja Firaun mencabar Nabi Musa
Orang2 yahudi mengkhianati dan mengejar nabi Isa a.s untuk membunuhnya. Lalu, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit.
Orang2 Quraisy menipu dan mencabar Nabi Muhamad di Darun Nadwah.
kaum yahudi melanggar perintah Allah dengan menangkap ikan walaupun hari itu di larang mereka berbuat demikian.


Hari Ahad

Allah menjadikan neraka.
Allah mencipta bumi yang tujuh lapis
Allah mencipta langit yang tujuh lapis
Allah menjadikan 7 anggota adam.
Allah menjadikan bilangan hari yang tujuh.
Allah menjadikan bintang2 yang beredar..
Allah menjadikan lautan yang tujuh...


Diantara hari2 yang tujuh itu..hari Jumaatlah yang paling mulia..dan digelar penghulu bagi segala hari..banyak fadhilat yang boleh kita perolehi pada hari Jumaat...

BESARNYA NERAKA JAHANAM






Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:
Jibrail datang kepada Nabi s.a.w pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu disaat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu besar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya." Lalu Nabi s.a.w. bersabda:

 "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam." Jawabnya: "Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan bahangnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya. Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan." Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (iaitu yg lebih bawah lebih panas) Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?" Jawab Jibrail:

1.     "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

2.     Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim

3.     Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
4.     Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum Majusi bernama Ladha
5.     Pintu kelima orang Yahudi bernama Huthomah dan
6.     Pintu ke enam tempat orang Nasara bernama Sa'eir." Kemudian Jibrail diam segan pada
7.     Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."



Maka Nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala Nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar Nabi s.a.w bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummatku yang akan masuk ke dalam neraka?"

Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah. (dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai") Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahariKu.


Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
10. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat Nastaghfirullah
11. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat

Sunday, August 24, 2014

Program Ihya’ Ramadhan 1435H Peringkat PPKI SK Bagan Serai 2014







Program Ihya’ Ramadhan 1435H Peringkat  PPKI SK Bagan Serai 2014


PENASIHAT                         :Pn. Hajjah Faridah Binti Haji Shaharah  (Guru Besar S.K.Bagan Serai)


PENGERUSI                        : Pn. Siti Norsupiah Bt. Hj. Jumaain ( Penolong Kanan Pendidikan Khas )

NAIB PENGERUSI              : Pn. Sariah  Binti Awang (Penolong Kanan Pentadbiran)
: Pn. Normala Binti Othman ( Penolong Kanan HEM )
: En. Badul Hisham Bin Mohd Nor( Penolong Kanan Ko-Kurikulum)



SETIAUSAHA                     : Pn. Fasihah Binti Mat Yussof

PEN. SETIAUSAHA           : En. Ahmad Zailanie Bin Othman

BENDAHARI                       : Puan Normala Binti Abdul Rahman

Urusetia                               : Pn. Siti Aliza Binti Ahmad
: En. Badrul Hisham Bin Yusof
: Pn. Rohaya Binti Tajon Arus
: Pn. Normala Binti Abdula Rahman