SAYA mencemburui guru muda kerana gaji permulaan mereka sekarang berada dalam ranking ketiga selepas doktor dan jurutera awam. Dengan gaji permulaan sebanyak RM2,500 hingga RM2,700 - termasuk beberapa elaun - maka gaji pokok mereka sebenarnya mengatasi sebahagian besar pendapatan eksekutif syarikat swasta.
Kalau di pedalaman, mereka cuci kaki kerana kerajaan menyediakan rumah, televisyen katil tilam, dapur, malah khabarnya set televisyen dan 'mangkuk' Astro di bumbung! Bukan itu sahaja, guru juga ada elaun khas, dengan jumlahnya bergantung kepada tafsiran pedalaman tempat mereka mengajar.
Memang mereka bekerja keras. Tetapi, seribu satu pengumuman tentang kenaikan, elaun, kebajikan, kemuliaan, pengiktirafan dan penghormatan kepada golongan guru sepatutnya telah meletakkan profesion itu pada tahap yang sepatutnya sekarang.
Seperti kata Abraham Lincoln: ''Jangan fikir apa yang negara boleh beri kepada kita, tetapi fikirkanlah apa sumbangan yang boleh kita berikan kepada negara." Maksud tokoh itu, jangan seperti seekor burung yang keluar pagi balik petang, sekadar mahu mengisi perut sendiri dan untuk anak-anaknya. Berfikirlah lebih daripada itu. Perjuangan lebih penting.
Jadi, apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu bersemuka dengan ahli kesatuan dan beberapa guru yang terlalu ghairah memperjuangkan nasib guru, maka saya ingin mengingatkan 'kepala-kepala' persatuan dan kesatuan ini supaya bersedia dengan fakta dan hujah yang waras dan logik atau laras senapang mungkin akan menghala ke arah kepala anda sendiri! Dua isu besar yang selalu dibangkitkan ialah kerja perkeranian nan remeh temeh sehingga menambah beban seorang guru, dan kedua kenaikan gred atau mata gaji yang terlalu lembap oleh guru, apabila dibandingkan dengan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD).
Memang isu yang pertama selalu bermain di bibir, tetapi tidak ada kes, data atau contoh yang boleh dijadikan asas kukuh untuk Kementerian Pelajaran melakukan tindakan susulan. Kita perlu perhalusi bukti dan fakta. Kalau dikatakan kerja berlebihan, maka kerja lebih yang bagaimana, apa dan di mana? Nyatakan bukti dan skop. Lakukan analisis keperluan atau analisis jurang profesion. Kemukakan kertas lengkap kepada pejabat Menteri Pelajaran.
Apakah berlebihan seandainya seorang guru diminta membuat plan tindakan kecemerlangan pelajar kalau pelan itu boleh membantu meningkatkan prestasi sesebuah sekolah? Kini sudah terdapat seramai 400,000 guru yang mendidik anak-anak kita di seluruh negara. Dalam setandan, ada sebiji yang rosak. Bukan semua. Kita faham benar dengan kekecewaan guru khususnya apabila isu tentang kenaikan gaji yang lembap disuarakan.
Memang benar kenaikan sebahagian besar gaji memang lembap berbanding PTD. Seorang ibu yang sudah 25 tahun menjadi guru mungkin baru menikmati mata gaji DG48, berbanding anaknya, pegawai PTD yang baru lima tahun berkhidmat sudah menikmati tangga gaji itu.
Untunglah kalangan guru yang cepat naik pangkat, kerana cepat jugalah kenaikan tangga gaji mereka. Bagi yang di bawah Khusus Untuk Penyandang (KUP) atau mengikut tempoh perkhidmatan, maka terpaksalah menunggu sehingga beranak, bercucu dan bercicit. Tetapi perlulah juga diingatkan bahawa bagi setiap kenaikan gaji, maka ada beban tanggungjawab yang menyusulinya.
Maksudnya, mereka ini mungkin perlu diikat dengan konsep bai'ah. Pengetua dan guru besar mungkin sudah biasa dengan konsep bai'ah, tetapi belum bagi guru.Di bawah konsep bai'ah, pengetua atau guru besar membuat perakuan dan bersetuju bahawa dalam tempoh tiga tahun perlu ada peningkatan prestasi di sekolah mereka mengajar. Jika gagal, mereka mungkin 'dipencenkan' lebih awal.
Sekarang, guru tidak mempunyai komitmen atau akujanji terhadap pencapaian prestasi. Hal ini mungkin menyebabkan mereka goyang kaki. Memang kita faham benar akan beban kerja guru dan pada masa yang sama masyarakat menuntut guru melakukan yang terbaik untuk mendidik anak bangsa.
Namun, kalau kita percaya bahawa perbuatan baik dan kerja yang ikhlas akan dibalas dengan perkara yang baik juga, maka pasti kepentingan perjuangan kita akan mengatasi habuan dunia yang sementara ini.
Friday, May 20, 2011
Mencemburui gaji guru
Posted by AhMaD ZaiLaNiE at 6:12 PM 0 comments
Labels: Guru
Saturday, May 14, 2011
Lagu Guru Malaysia dan ikrar hari guru
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Lagu & Lirik : Hashim Ahmad
ikrar hari guru
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.
Posted by AhMaD ZaiLaNiE at 9:25 AM 0 comments
Labels: hari guru
Sunday, May 1, 2011
Isteri zaman sekarang
Selama ini saya dapati ramai kaum wanita melahirkan keluh kesah mereka terhadap perubahan perangai suami, tetapi berbeza dengan saya. Isteri saya berubah perangai sedangkan kami belum pun dua tahun berkahwin dan sedang menunggu kelahiran anak sulung kami. Ini yang menghairankan saya.
''Namun ruangan ini banyak mengajar saya tentang nilai sebuah kehidupan dan membuat saya tabah mengharungi hidup ini. Saya bukan nak memburukkan wanita apa lagi isteri saya, namun saya ingin mengingatkan lelaki dan wanita yang masih belum berkahwin janganlah tersilap memilih pasangan kerana buruk akibatnya, merana diri,'' demikian cerita Abdullah dalam emelnya, dan ketika kami berbual panjang di telefon beberapa kali baru-baru ini.''Bukan saya nak salahkan emak yang mencarikan jodoh saya, malah saya bersyukur dapat isteri yang baik, cantik dan pandai bergaya. Itulah perangainya pada awal perkenalan kami. Sering telefon, kalau lambat balas SMS pertama, sms kedua akan menyusul. Tetapi selepas berkahwin, dia berubah. Usah kata nak telefon, SMS pun dia malas jawab. Kalau dibalas pun, kasar bunyinya.
''Kami berkenalan awal tahun lalu, tak sampai enam bulan terus berkahwin. Kata ibu bapa kami buat apa tunggu lama-lama kalau dah sesuai, tambahan pula umur kami menjangkau 30 tahun. Dan kerana kami sama subur, akan lahirkan seorang cahaya mata tak lama lagi.
''Sepanjang empat bulan pertama perkahwinan kami, saya rasakan isteri saya Hasniah adalah anugerah Allah yang tak ternilai untuk saya. Namun itu cuma sementara, hari demi hari, saya rasakan perubahan Hasniah. Dia seolah-olah bukan orang yang saya kenal dalu. Sehinggakan saya merasakan Hasniah "berlakon" sepanjang saya mengenali hati budinya sebelum ini.
''Saya jenis lelaki yang mahukan belaian isteri. Saya faham kalau perubahan perangainya berlaku jika perkahwinan kami mencecah lebih 10 tahun, hubungan suami-isteri secara semula jadi akan menjadi perlahan. Tapi ketika itu kami belum pun setahun berkahwin.
''Dengan apa yang saya alami ini, memang benarlah kata orang "Masa bercinta, semuanya indah". Setiap kali saya mendengar ungkapan ini, hati saya jadi sayu. Bagi saya perubahan ini tidak sepatutnya berlaku memandangkan usia perkahwinan kami masih muda. Malah, kalau saya sudah tua pun, Hasniah tidak patut layan saya sebegini kerana saya amat hormat ibu bapanya sama seperti saya menghormati ibu bapa saya.
Buktinya, setiap kali berkunjung ke rumahnya, saya tak datang tangan kosong. Dan ketika adiknya dapat 4A dalam upsr baru-baru ini saya beri dia hadiah. Malangnya hubungan Hasniah dengan ibu bapa saya langsung tidak mesra.
Hendak dijadikan cerita, saya pernah tercicir satu plastik ikan laga yang saya mahu letakkan dalam akuarium di pejabat. Kehilangan itu bukan disengajakan kerana saya bawa balik menaiki bas ke KL dari KB. Sedihnya Hasniah boleh mempersendakan kealpaan saya di depan ibu bapanya. Ia memang mengguris perasaan saya.
''Oleh kerana saya bekerja di KL dan dia di KB tentulah rasa rindu dan sayang sentiasa ada di hati masing-masing, tetapi tidak kepada Hasniah . Dia tak pernah tanya bila saya balik, malah tak pernah mempelawa saya tidur di rumah emaknya. Lagi pelik bila saya teringin datang dia boleh SMS pada saya "tak payah la datang sekarang, datang petang sikit…". Dia macam tak suka saya datang berjumpa dengannya apa lagi tidur di rumahnya. Sedangkan saya pulang seminggu atau dua minggu sekali.
''Sekarang Hasniah mula pandai memperli saya, dulu dia kata kulit saya cerah, tapi kini dia kata saya hitam, dan dia pernah terlepas cakap, ''nasib baik kau tu kerja kerajaan, kalau tak, aku tak ingin pun kat kau tu…". Oleh kerana saya balik naik bas Perdana dia kutuk saya, "Naik bas Perdana buat apa, lain la kalau kereta Perdana setakat ada Persona buat apa.''
''Lebih sedih ketika ayah saya terlantar lebih sebulan di hospital, dia cuma datang melawat sekali sahaja, itupun dia datang bersama ibu bapanya. Sedangkan pejabatnya tak jauh dari hospital tersebut.
''Di dalam bilik tidur pun dah banyak berubah, saya terpaksa merayu-rayu, berbeza masa mula kahwin dulu dia sentiasa memberikan apa yang saya mahukan. Keadaan ini membuatkan saya amat tertekan.
''Nak kata tak beri nafkah memang bohong, hinggakan membeli persiapan bayi yang belum lahirkan sudah saya sediakan. Saya beri hadiah pada hari lahirnya, walaupun dia tak pedulikan hari lahir saya. Nak kata pangkat atau gajinya tinggi, tak juga, saya lebih tinggi dia cuma SPM. Bukan menghina! Malah kalau dapat bonos dialah saya utamakan bukan emak saya. Tetapi peliknya dia masih tidak menghargai saya dalam hidupnya.
''Pernah juga terfikir adakah perubahannya kerana dia kembali kepada kekasih lamanya, tapi tak mungkin kerana Hasniah tak suka membuang masa luar rumah. Tetapi pelik juga kerana dia tidak lagi meletak telefonnya bebas seperti dulu. Dia juga tak suka saya kemas katil selepas bangun tidur setelah dia pergi kerja pada hari Ahad. Katanya ''tak payahlah nak tunjuk rajin.''
Hasniah juga melarang saya buka almarinya tanpa izinnya.''Saya masih ingat tahun lepas ketika saya minta ayahnya mencarikan lembu untuk saya buat korban dia melarang katanya buatlah korban di rumah emak saya sendiri, jangan nak susahkan emak ayahnya carikan lembu korban, sepatutnya dia gembira saya buat korban di kampungnya.
''Pernah juga saya terfikir seorang mengapa gadis secantik sepertinya, ada kereta, tapi kahwin lewat, sedangkan dia boleh kahwin awal dan dapat suami orang kaya. Kemudian saya terfikir mungkin kerana perangainya. Apakah saya 'terkena lakonannya' sebelum kahwin dia baik, dah kahwin dia berubah kepada perangai lamanya.
''Ketika saya melihat perubahan berlaku dalam diri Hasniah saya memohon kepada Allah agar dikembalikan hati isteri saya seperti dulu. Tetapi kini doa saya mengharapkan agar Allah melenyapkan fikiran saya dari terus memikirkan perihal Hasniah, Saya juga memohon jika saya teraniaya berilah cahaya baru buat saya nanti,'' Demikian pengalaman pahit Abdullah dan nasihatnya panjang lebar jika ingin beristeri.
Posted by AhMaD ZaiLaNiE at 3:36 AM 0 comments
Labels: ilmiah
Subscribe to:
Comments (Atom)

