Sunday, August 11, 2013
Tips Elak Anak Mengalami Kegemukan
Namun, perlu diingat, gaya hidup seperti itu andai diteruskan hingga dewasa, bakal mengundang masalah seperti mudah mendapat penyakit selain faktor rasa rendah diri akibat kegemukan atau obesiti.
Kegemukan yang dialami 98 peratus datang daripada sikap individu itu sendiri.
Dalam menangani isu kegemukan, faktor yang perlu diambil kira ialah soal keupayaan jantung untuk mengepam darah yang membawa zat atau nutrisi tertentu ke seluruh badan. Secara ringkasnya, semakin gemuk diri anda, semakin banyak bebanan jantung untuk mengepam darah ke bahagian badan yang diselaputi lemak.
Jika sudah dewasa, dikhuatiri anak yang sudah biasa dengan pemakanan dan berat badannya, merasa ingin berubah dan melakukan senaman.
Sehubungan itu, didikan dan rangsangan sejak dari kecil sangat digalakkan. Ibu bapa perlu memberi panduan mengenai kepentingan menjaga pemakanan dan berat badan kepada anak mereka.
Mari kita lihat beberapa panduan untuk mendidik kanak kanak bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat:
* Didik mereka supaya memahami konsep bersenam. Ia adalah untuk sihat seperti mengeluarkan peluh dan ajar anak penting menjaga kesihatan. Berikan ganjaran sebagai galakan jika mereka berjaya melakukan dan mengamalkan gaya hidup sihat
* Jika anak anda banyak menghabiskan masa menonton televisyen atau bermain permainan video dan langsung tidak keluar rumah, lakukan cara yang paling mudah dengan menyuruh mereka membuang sampah atau pergi ke kedai membeli barang. Setidaknya, mereka boleh mengeluarkan peluh.
* Beli basikal untuk anak anda dan setiap petang keluar bersama menjalankan aktiviti berbasikal. Jika tidak, anda boleh menemani mereka berbasikal di taman.
* Benarkan mereka keluar rumah untuk berkawan atau bawa mereka bersama ketika anda ingin berkunjung ke rumah rakan atau saudara. Pengaruh rakan sebaya dapat meningkatkan lagi semangat anak anda.
* Mencari satu komuniti ibu bapa yang mempunyai anak dan tubuhkan satu komuniti di kalangan mereka dalam bersukan atau beriadah. Ibu bapa juga boleh turut serta dalam menjalankan aktiviti bersenam.
* Kurangkan memberi makanan ringan atau jika boleh, jangan ajar anak anda memakan makanan ringan sejak kecil lagi.
* Ajar anak untuk memakan sayur-sayuran dan buah buahan. Kebanyakan ibu bapa terlalu mengikut selera anak apabila mereka tidak menyukai makanan tertentu seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Namun sebagai ibu bapa, perlu kreatif dan mencuba pelbagai cara supaya anak anda dapat menerima makanan begini.
* Senaman perlu dilakukan sekurang kurangnya tiga kali seminggu selama 20 minit dan lakukan bersama anak-anak anda.
Posted by AhMaD ZaiLaNiE at 5:17 PM 0 comments
5 Makanan Baik Untuk Kesihatan Lelaki!
Lelaki sering mengambil mudah soal pemakanan mereka. Bagi mereka cukup sekadar mengenyangkan dan yang penting murah. Makanan merupakan faktor utama nilai tahap kesihatan kita, sama ada kita semakin sihat atau kesihatan kita makin terganggu dengan gaya pemakanan kita. Berikut merupakan makanan makanan yang baik untuk kesihatan kaum lelaki.
1. Tomato @ Sos tomato
Lelaki yang banyak memakan tomato atau sos tomato berkemungkinan dapat memberi perlindungan kepada mereka daripada kanser prostat. Kanser prostat adalah pembunuh senyap kedua selepas penyakit jantung yang banyak meragut nyawa lelaki. Ia terletak di bahagian atas pundi kencing. Hasil kajian daripada 47,000 orang lelaki, mereka mendapati bahawa lelaki yang memakan tomato sebanyak 2 – 4 kali dalam seminggu,mempunyai risiko menghidapi kanser prostat 35% lebih rendah berbanding lelaki yang tidak memakannya.
2. Tiram
2 atau 3 ekor tiram mampu untuk membekalkan zinc yang secukupnya untuk sehari, (zinc merupakan mineral penting untuk penghasilan sperma bagi lelaki ). Anda dinasihatkan untuk tidak mengambilnya dengan lebih kerana ia akan mendatangkan risiko. Dalam satu kajian, 22 lelaki dengan kadar testosteron rendah dan jumlah sperma yang sedikit diberi zinc setiap hari dalam masa 45 hingga 50 hari dan hasil daripada kajian tersebut menunjukkan kadar testosteron dan jumlah sperma mereka meningkat.
3. Brokoli
Hasil daripada kajian di Harvard baru-baru ini mendapati bahawa sayur-sayuran seperti brokoli, dapat memberi perlindungan terhadap kanser pundi kencing. Ia lebih berkesan sebanyak 2 hingga 3 kali ganda kepada lelaki berbanding wanita. Para saintis menganalisis diet hampir 50,000 orang lelaki, dan mendapati bahawa mereka yang makan lima hidangan atau lebih brokoli pada setiap minggu berkemungkinan dapat mengelakkan kanser pundi kencing selama sepuluh tahun berbanding yang tidak memakannya. Brokoli dan kubis dipilih sebagai makanan yang paling protektif.
4. Peanut butter
Penyakit jantung adalah pembunuh utama bagi lelaki dan wanita, tetapi lelaki menjadi korban pada usia yang lebih awal. Kandungan lemak pada kacang adalah tinggi sedikit tetapi ianya baik untuk anda.
5. Tembikai
Didapati lelaki dengan lingkungan usia sehingga 55 tahun, lebih banyak menderita penyakit darah tinggi berbanding wanita. Kajian menunjukkan bahawa makanan yang kaya dengan potassium boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan stroke. Tembikai kaya dengan sumber mineral ini, ia mengandungi lebih potassium. Jumlah potassium dalam suatu hirisan besar tembikai adalah bersamaan dengan sebiji pisang atau secawan jus oren.
Mencegah lebih baik dari merawat. Kawal pemakanan dan ambil makanan yang betul mampu menjamin kesihatan kita di masa akan datang.
sumber : http://penpatah.blogspot.com/2012/09/5-makanan-baik-untuk-kesihatan-lelaki.html
Posted by AhMaD ZaiLaNiE at 5:14 PM 0 comments
Tuesday, June 4, 2013
Buah-Buahan Dalam Al-Quran
Buah-Buahan Dalam Al-Quran
Buah Zaiton atau nama botaninya adalah olea europea, pokok ini banyak ditanam di kawasan Meditranean namun begitu kawasan penanaman yang paling utama adalah di Sepanyol, Turki, Itali, Tunisia dan Morocco.
Ad Tin. Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda, “Sekiranya aku katakan, sesungguhnya buah yang turun dari syurga, maka aku kata’, “inilah buahnya” (tin), sesungguhnya buah syurga tiada keraguannya”.
Delima – “Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan yang tidak berjunjung, pohon kurma. Tanaman-tanaman yang bermacam-macam buahnya, zaitun dan delima yang serupa (bentuk dan warnanya), dan tidak sama (rasanya).
Pisang. Ayat Al Quran menceritakan: “Berada di antara pohon bidara yang tidak berduri, dan pohon-pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya), dan naungan yang terbentang luas, dan air yang tercurah, dan buah-buahan yang banyak, yang tidak berhenti (buahnya) dan tidak terlarang mengambilnya.”(Al-Waaqi’ah [56]: 28-33).
Kurma. Dalam surah Ar-Rad [13]:4 “Dan di bumi ini terdapat bagian-bagian yang berdampingan dan kebun-kebun anggur, tanaman-tanaman dan pohon kurma yang bercabang dan yang tidak bercabang, disirami dengan air yang sama.
Posted by AhMaD ZaiLaNiE at 8:24 AM 0 comments





