BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, July 30, 2011

Ramadhan Datang Lagi

RAMADHAN

Pintu-pintu langit kini dibuka luas saujana
Malaikat bertasbih gegak gempita mengisi maya
Syurga-syurga dihias indah berkilauan warnanya
Mukminin mukminat rukuk dan sujud syukur pada Yang Esa
Ramadhan telah tiba, Ramadhan telah tiba

Pintu-pintu neraka kini dikunci
Syaitan-syaitan telah digari
Penghuni-penghuni langit berseru penuh simpati
Wahai insan pencinta kebaikan pencari kedamaian
Masanya untukmu berlari menggapai redha Ilahi
Wahai insan pelahap kejahatan penagih kemungkaran
Masanya untukmu insaf menghisab diri

Doa bersahut sana dan sini
Tilawah mendayu petang dan pagi
Istighfar, zikir, selawat ke atas Nabi
Maaf bermaafan sengketa dilupai
Harta diinfaq rezeki disyukuri
Kaya dan miskin bersatu hati
Hanya kepada Allah semua mengabdi

Sabar menahan lapar dan dahaga
Mata ditundukkan telinga dijaga
Lidah dikawal kaki dan tangan di seka
Puasa dihayati sepenuh jiwa
Moga tercapai maqam taqwa
Dari pintu ar-Rayyan kita melangkah ke syurga

Tuesday, June 21, 2011

Kenduri Tok su Na...Barakallahulakuma...

 Abi sedang menepung tawar pengantin
 Abi sedang membaca doa selamat
 doa selamat
 Keluarga mentua tok su na...
 Tok Bah dan Tok Su wa
 Ina dan Abi sedang menikmati makanan beradab bersama cik nor n uncle serta cik lan...Qalesya pun ade..
 Abi Wa Ummi...Romantiknya...
Adik Qaleef...anak Cik Nor...Geramnya...

Friday, May 20, 2011

Mencemburui gaji guru

  SAYA mencemburui guru muda kerana gaji permulaan mereka sekarang berada dalam ranking ketiga selepas doktor dan jurutera awam. Dengan gaji permulaan sebanyak RM2,500 hingga RM2,700 - termasuk beberapa elaun - maka gaji pokok mereka sebenarnya mengatasi sebahagian besar pendapatan eksekutif syarikat swasta. 

Kalau di pedalaman, mereka cuci kaki kerana kerajaan menyediakan rumah, televisyen katil tilam, dapur, malah khabarnya set televisyen dan 'mangkuk' Astro di bumbung! Bukan itu sahaja, guru juga ada elaun khas, dengan jumlahnya bergantung kepada tafsiran pedalaman tempat mereka mengajar. 

Memang mereka bekerja keras. Tetapi, seribu satu pengumuman tentang kenaikan, elaun, kebajikan, kemuliaan, pengiktirafan dan penghormatan kepada golongan guru sepatutnya telah meletakkan profesion itu pada tahap yang sepatutnya sekarang. 

Seperti kata Abraham Lincoln: ''Jangan fikir apa yang negara boleh beri kepada kita, tetapi fikirkanlah apa sumbangan yang boleh kita berikan kepada negara."  Maksud tokoh itu, jangan seperti seekor burung yang keluar pagi balik petang, sekadar mahu mengisi perut sendiri dan untuk anak-anaknya. Berfikirlah lebih daripada itu. Perjuangan lebih penting. 

Jadi, apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu bersemuka dengan ahli kesatuan dan beberapa guru yang terlalu ghairah memperjuangkan nasib guru, maka saya ingin mengingatkan 'kepala-kepala' persatuan dan kesatuan ini supaya bersedia dengan fakta dan hujah yang waras dan logik atau laras senapang mungkin akan menghala ke arah kepala anda sendiri!  Dua isu besar yang selalu dibangkitkan ialah kerja perkeranian nan remeh temeh sehingga menambah beban seorang guru, dan kedua kenaikan gred atau mata gaji yang terlalu lembap oleh guru, apabila dibandingkan dengan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD). 

Memang isu yang pertama selalu bermain di bibir, tetapi tidak ada kes, data atau contoh yang boleh dijadikan asas kukuh untuk Kementerian Pelajaran melakukan tindakan susulan.  Kita perlu perhalusi bukti dan fakta. Kalau dikatakan kerja berlebihan, maka kerja lebih yang bagaimana, apa dan di mana? Nyatakan bukti dan skop. Lakukan analisis keperluan atau analisis jurang profesion. Kemukakan kertas lengkap kepada pejabat Menteri Pelajaran. 

Apakah berlebihan seandainya seorang guru diminta membuat plan tindakan kecemerlangan pelajar kalau pelan itu boleh membantu meningkatkan prestasi sesebuah sekolah?  Kini sudah terdapat seramai 400,000 guru yang mendidik anak-anak kita di seluruh negara. Dalam setandan, ada sebiji yang rosak. Bukan semua. Kita faham benar dengan kekecewaan guru khususnya apabila isu tentang kenaikan gaji yang lembap disuarakan.
 
Memang benar kenaikan sebahagian besar gaji memang lembap berbanding PTD. Seorang ibu yang sudah 25 tahun menjadi guru mungkin baru menikmati mata gaji DG48, berbanding anaknya, pegawai PTD yang baru lima tahun berkhidmat sudah menikmati tangga gaji itu. 

Untunglah kalangan guru yang cepat naik pangkat, kerana cepat jugalah kenaikan tangga gaji mereka. Bagi yang di bawah Khusus Untuk Penyandang (KUP) atau mengikut tempoh perkhidmatan, maka terpaksalah menunggu sehingga beranak, bercucu dan bercicit.  Tetapi perlulah juga diingatkan bahawa bagi setiap kenaikan gaji, maka ada beban tanggungjawab yang menyusulinya.

Maksudnya, mereka ini mungkin perlu diikat dengan konsep bai'ah. Pengetua dan guru besar mungkin sudah biasa dengan konsep bai'ah, tetapi belum bagi guru.Di bawah konsep bai'ah, pengetua atau guru besar membuat perakuan dan bersetuju bahawa dalam tempoh tiga tahun perlu ada peningkatan prestasi di sekolah mereka mengajar. Jika gagal, mereka mungkin 'dipencenkan' lebih awal. 

Sekarang, guru tidak mempunyai komitmen atau akujanji terhadap pencapaian prestasi. Hal ini mungkin menyebabkan mereka goyang kaki.  Memang kita faham benar akan beban kerja guru dan pada masa yang sama masyarakat menuntut guru melakukan yang terbaik untuk mendidik anak bangsa.

Namun, kalau kita percaya bahawa perbuatan baik dan kerja yang ikhlas akan dibalas dengan perkara yang baik juga, maka pasti kepentingan perjuangan kita akan mengatasi habuan dunia yang sementara ini.

Saturday, May 14, 2011

Lagu Guru Malaysia dan ikrar hari guru

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad


ikrar hari guru

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami 

Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

Sunday, May 1, 2011

Isteri zaman sekarang

Selama ini saya dapati ramai kaum wanita melahirkan keluh kesah mereka terhadap perubahan perangai suami, tetapi berbeza dengan saya. Isteri saya berubah perangai sedangkan kami belum pun dua tahun berkahwin dan sedang menunggu kelahiran anak sulung kami. Ini yang menghairankan saya.

''Namun ruangan ini banyak mengajar saya tentang nilai sebuah kehidupan dan membuat saya tabah mengharungi hidup ini. Saya bukan nak memburukkan wanita apa lagi isteri saya, namun saya ingin mengingatkan lelaki dan wanita yang masih belum berkahwin janganlah tersilap memilih pasangan kerana buruk akibatnya, merana diri,'' demikian cerita Abdullah dalam emelnya, dan ketika kami berbual panjang di telefon beberapa kali baru-baru ini.

''Bukan saya nak salahkan emak yang mencarikan jodoh saya, malah saya bersyukur dapat isteri yang baik, cantik dan pandai bergaya. Itulah perangainya pada awal perkenalan kami. Sering telefon, kalau lambat balas SMS pertama, sms kedua akan menyusul. Tetapi selepas berkahwin, dia berubah. Usah kata nak telefon, SMS pun dia malas jawab. Kalau dibalas pun, kasar bunyinya.

''Kami berkenalan awal tahun lalu, tak sampai enam bulan terus berkahwin. Kata ibu bapa kami buat apa tunggu lama-lama kalau dah sesuai, tambahan pula umur kami menjangkau 30 tahun. Dan kerana kami sama subur, akan lahirkan seorang cahaya mata tak lama lagi.

''Sepanjang empat bulan pertama perkahwinan kami, saya rasakan isteri saya Hasniah adalah anugerah Allah yang tak ternilai untuk saya. Namun itu cuma sementara, hari demi hari, saya rasakan perubahan Hasniah. Dia seolah-olah bukan orang yang saya kenal dalu. Sehinggakan saya merasakan Hasniah "berlakon" sepanjang saya mengenali hati budinya sebelum ini.

''Saya jenis lelaki yang mahukan belaian isteri. Saya faham kalau perubahan perangainya berlaku jika perkahwinan kami mencecah lebih 10 tahun, hubungan suami-isteri secara semula jadi akan menjadi perlahan. Tapi ketika itu kami belum pun setahun berkahwin.

''Dengan apa yang saya alami ini, memang benarlah kata orang "Masa bercinta, semuanya indah". Setiap kali saya mendengar ungkapan ini, hati saya jadi sayu. Bagi saya perubahan ini tidak sepatutnya berlaku memandangkan usia perkahwinan kami masih muda. Malah, kalau saya sudah tua pun, Hasniah tidak patut layan saya sebegini kerana saya amat hormat ibu bapanya sama seperti saya menghormati ibu bapa saya.

Buktinya, setiap kali berkunjung ke rumahnya, saya tak datang tangan kosong. Dan ketika adiknya dapat 4A dalam upsr baru-baru ini saya beri dia hadiah. Malangnya hubungan Hasniah dengan ibu bapa saya langsung tidak mesra.

Hendak dijadikan cerita, saya pernah tercicir satu plastik ikan laga yang saya mahu letakkan dalam akuarium di pejabat. Kehilangan itu bukan disengajakan kerana saya bawa balik menaiki bas ke KL dari KB. Sedihnya Hasniah boleh mempersendakan kealpaan saya di depan ibu bapanya. Ia memang mengguris perasaan saya.

''Oleh kerana saya bekerja di KL dan dia di KB tentulah rasa rindu dan sayang sentiasa ada di hati masing-masing, tetapi tidak kepada Hasniah . Dia tak pernah tanya bila saya balik, malah tak pernah mempelawa saya tidur di rumah emaknya. Lagi pelik bila saya teringin datang dia boleh SMS pada saya "tak payah la datang sekarang, datang petang sikit…". Dia macam tak suka saya datang berjumpa dengannya apa lagi tidur di rumahnya. Sedangkan saya pulang seminggu atau dua minggu sekali.

''Sekarang Hasniah mula pandai memperli saya, dulu dia kata kulit saya cerah, tapi kini dia kata saya hitam, dan dia pernah terlepas cakap, ''nasib baik kau tu kerja kerajaan, kalau tak, aku tak ingin pun kat kau tu…". Oleh kerana saya balik naik bas Perdana dia kutuk saya, "Naik bas Perdana buat apa, lain la kalau kereta Perdana setakat ada Persona buat apa.''

''Lebih sedih ketika ayah saya terlantar lebih sebulan di hospital, dia cuma datang melawat sekali sahaja, itupun dia datang bersama ibu bapanya. Sedangkan pejabatnya tak jauh dari hospital tersebut.

''Di dalam bilik tidur pun dah banyak berubah, saya terpaksa merayu-rayu, berbeza masa mula kahwin dulu dia sentiasa memberikan apa yang saya mahukan. Keadaan ini membuatkan saya amat tertekan.

''Nak kata tak beri nafkah memang bohong, hinggakan membeli persiapan bayi yang belum lahirkan sudah saya sediakan. Saya beri hadiah pada hari lahirnya, walaupun dia tak pedulikan hari lahir saya. Nak kata pangkat atau gajinya tinggi, tak juga, saya lebih tinggi dia cuma SPM. Bukan menghina! Malah kalau dapat bonos dialah saya utamakan bukan emak saya. Tetapi peliknya dia masih tidak menghargai saya dalam hidupnya.

''Pernah juga terfikir adakah perubahannya kerana dia kembali kepada kekasih lamanya, tapi tak mungkin kerana Hasniah tak suka membuang masa luar rumah. Tetapi pelik juga kerana dia tidak lagi meletak telefonnya bebas seperti dulu. Dia juga tak suka saya kemas katil selepas bangun tidur setelah dia pergi kerja pada hari Ahad. Katanya ''tak payahlah nak tunjuk rajin.''

Hasniah juga melarang saya buka almarinya tanpa izinnya.''Saya masih ingat tahun lepas ketika saya minta ayahnya mencarikan lembu untuk saya buat korban dia melarang katanya buatlah korban di rumah emak saya sendiri, jangan nak susahkan emak ayahnya carikan lembu korban, sepatutnya dia gembira saya buat korban di kampungnya.

''Pernah juga saya terfikir seorang mengapa gadis secantik sepertinya, ada kereta, tapi kahwin lewat, sedangkan dia boleh kahwin awal dan dapat suami orang kaya. Kemudian saya terfikir mungkin kerana perangainya. Apakah saya 'terkena lakonannya' sebelum kahwin dia baik, dah kahwin dia berubah kepada perangai lamanya.

''Ketika saya melihat perubahan berlaku dalam diri Hasniah saya memohon kepada Allah agar dikembalikan hati isteri saya seperti dulu. Tetapi kini doa saya mengharapkan agar Allah melenyapkan fikiran saya dari terus memikirkan perihal Hasniah, Saya juga memohon jika saya teraniaya berilah cahaya baru buat saya nanti,'' Demikian pengalaman pahit Abdullah dan nasihatnya panjang lebar jika ingin beristeri.

Tuesday, March 15, 2011

Dakwaan Mahathir TIDAK benar - Ku Li



KUALA LUMPUR, 11 Mac — Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menafikan sekerang-kerasnya termasuk atas nama Allah dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau menggunakan wang ketika pemilihan Umno 1987.

Ketika itu Tengku Razaleigh mencabah Dr Mahathir bagi jawatan presiden tetapi tewas tipis.

“Sekai lagi saya dituduh membawa parti ke mahkamah.  Saya juga dituduh terlibat dalam politik wang semasa pemilihan parti dalam tahun 1987,” kata Tengku Razaleigh dalam satu kenyataan dikeluarkan malam ini.

Tengku Razaleigh menegaskan beliau tidak mempunyai wang untuk tujuan membeli undi ketika pemilihan paling sengit dalam sejarah Umno.

“Saya tidak ada kroni. Sebenarnya, saya menentang politik wang. Allah Maha Mengetahui bahawa saya tidak pernah membuat segala perkara itu.

“Sungguhpun demikian, saya dipilih setiap kali saya bertanding di Gua Musang,” kata Ketua Umno Gua Musang ini sambil menambah, “saya tidak pernah mencuri. Saya tidak pernah menipu.”

Dalam buku berjudul “A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad”, bekas presiden Umno itu berkata, Tengku Razaleigh sepatutnya telah menjadi perdana menteri sekiranya beliau bersabar sedikit.

Tengku Razaleigh bergandingan dengan Tun Musa Hitam yang bersaing jawatan timbalan presiden Umno.

Bekas perdana menteri itu juga mendakwa puak “Team B” yang diketuai oleh Tengku Razaleigh, yang lebih mesra dikenali sebagai “Ku Li”, membawa kempen kotor untuk menjatuhkan beliau pada pemilihan itu, yang kemudiannya menyumbang kepada keputusan mahkamah mengharamkan Umno.

“Sekiranya Tengku Razaleigh bersabar beliau kemungkinan telah menggantikan tempat Tun Musa sebagai timbalan perdana menteri dan kemudiannya menjadi perdana menteri,” tulis Dr Mahathir.

“Malah saya juga telah mempertimbangkan untuk melantik semula Tengku Razaleigh ke dalam Kabinet, tetapi selepas beliau memberikan temu bual kepada majalah Far Eastern Economic Review yang sangat kritikal tentang saya dan kerajaan, saya telah mengubah fikiran saya,” katanya lagi.

Friday, March 11, 2011

Tsunami 2011 di Jepun....Kuasa Tuhan....Allahu Akbar...!!!

Hari ini sekali lagi dunia gempar dengan berita Tsunami yang melanda negara Jepun selepas mengalami gegaran sekuat 8.9. Setakat ini dikhabarkan seramai 23 orang maut akibat kejadian tersebut.


Marilah kita mengucap syukur kehadrat ALLAH subhanahuwata'ala kerana negara kita yang tercinta dijauhi dari kejadian-kejadian seperti ini.

sumber : http://anginlautchinaselatan.blogspot.com

Melihat Keajaiban Kalimat Allah


Melihat Keajaiban Kalimat Allah

ILUSI PENGLIHATAN - Lihat tiga titik hitam di tengah-tengah gambar kalimah Allah di atas selama 10 saat, kemudian lihat dinding/ruang kosong yang berhampiran dengan anda.

Tunggu 10 saat. Lihatlah keajaibannya. Subhanallah..rasa sangat kagum dengan ilusi mata kurniaanNya ini.

Tepat... sungguh indah sekali...

Terkuat dalam tempoh 140 tahun



GAMBAR dari udara menunjukkan gempa bumi di utara Jepun mengakibatkan tsunami berair kehitaman menyapu kawasan pertanian di Sendai semalam.


TOKYO - Gempa bumi paling kuat dalam tempoh 140 tahun berlaku di laut timur Jepun semalam sekali gus mencetuskan ombak tsunami setinggi 10 meter.

Pihak berkuasa Jepun berkata, gempa bumi dengan kekuatan 8.9 pada skala Richter itu menyebabkan beratus-ratus orang dilaporkan terbunuh (sehingga 11.30 malam waktu Malaysia) dan jumlahnya dilaporkan meningkat dalam tempoh enam jam akan datang.

Menurut Agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi yang berpusat 130 kilometer dari pantai timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer.

Kira-kira sejuta penduduk mendiami Sendai yang merupakan sebuah kawasan pertanian utama di Jepun.
Bencana alam itu berlaku pada pukul 11.45 pagi waktu tempatan.

Perdana Menteri Jepun, Naoto Khan dalam sidang akhbar semalam mengakui gempa bumi tersebut menyebabkan kerosakan besar di utara Jepun.

Ombak tsunami tersebut membawa tanah dan serpihan sebahagiannya dalam keadaan terbakar menenggelamkan kawasan tanah pertanian di bandar Sendai, timur Jepun yang mempunyai sejuta penduduk.

Sebuah hotel runtuh di bandar Sendai dan ramai orang dipercayai tertimbus di celah runtuhan.

Turut disapu tsunami ialah Iwate, Miyagi dan Aomori.

sunber : kosmo

Wednesday, January 19, 2011

Kementerian tetap tarikh periksa 2011

KEMENTERIAN Pelajaran mengumumkan tarikh peperiksaan umum yang akan berlangsung tahun ini, bertujuan memberi peringatan awal kepada calon supaya mereka lebih bersedia menghadapi ujian berkenaan.

Semua peperiksaan itu membabitkan murid Tahun Enam yang akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) untuk pelajar Tingkatan Tiga serta pelajar Tingkatan Lima yang akan menduduki Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud, dalam kenyataannya berkata UPSR dijadualkan berlangsung selama tiga hari bermula 13 September.

Katanya, PMR selama lima hari yang bermula 4 Oktober dan berakhir 11 Oktober, manakala STAM selama lima hari bermula 12 Oktober. SPM pula bermula pada 14 November hingga 14 Disember.

Beliau berkata, penyusunan jadual peperiksaan turut mengambil kira cuti perayaan iaitu Hari Keputeraan Sultan Johor iaitu pada 22 November (Selasa), Awal Muharram (27 November) dan Hari Keputeraan Sultan Selangor (11 Disember).

“Cuti Awal Muharram dan Hari Keputeraan Sultan Selangor yang jatuh pada Ahad, masing-masing akan digantikan pada Isnin iaitu pada 28 November dan 12 Disember 2011.

Berita Harian Online: 3 Januari 2011

Saturday, January 8, 2011

Salam Maal Hijrah 1432H..


                                                                               
     
:: DOA KHUSUS AKHIR TAHUN HIJRAH - 29 ZULHIJJAH


Doa Akhir Tahun
Segala puji hanya layak untuk ALLAH, TUHAN semesta alam. Selawat dan salam ke atas Saidina Muhammad dan juga keluarganya dan juga para sahabat seluruhnya. Ya ALLAH, apa-apa kami lakukan pada tahun ini yang sesetengahnya ENGKAU larang dari kami melakukannya sedangkan kami belum bertaubat, dan ENGKAU pun belum meredainya, walaupun ENGKAU belum mahu melupakannya, namun ENGKAU masih mengasihi kami setelah menghukum kami, dan ENGKAU masih menganjurkan kepada kami supaya bertaubat selepas kami melakukan maksiat, maka dengan ini kami memohon ampun, maka ampunilah kami. Dan manakala apa-apa kebaikan yang kami lakukan mendapat reda-MU, ENGKAU janjikan pula pahala untuk kami, maka dengan ini kami memohonnya kepada ENGKAU wahai TUHAN yang punyai ketinggian dan kemuliaan, terimalah apa-apa dari kami dan janganlah ENGKAU kecewakan harapan kami ini. Semoga ALLAH merahmati Saidian Muhammad dan kaum keluarganya, juga para sahabatnya. Dan sekali lagi ditegaskan segala puji hanya layak untuk ALLAH, TUHAN semesta alam.
* Doa ini dibaca sementara menanti waktu Maghrib pada malam 29 Zulhijjah.

:: DOA KHUSUS AWAL TAHUN HIJRAH - 1 MUHARRAM

                                                                                       
Doa Awal Tahun
Segala puji hanya layak untuk ALLAH, TUHAN semesta alam. Selawat dan salam ke atas saidina Muhammad semulia-mulia Rasul dan kaum keluarganya, juga para sahabat seluruhnya. Ya ALLAH, ENGKAU-lah yang kekal, yang sedia ada dari awalnya lagi, dan ENGKAU-lah yang mempunyai limpah kurnia yang besar dan pemurah yang melimpahi, maka pada tahun yang baru menjelang ini, kami memohon benteng perlindungan dari gangguan syaitan yang direnjam dan pemimpinnya, juga tentera-tenteranya. Juga minta bantuan dari gangguan nafsu amarah yang sentiasa mengajak kepada kejahatan, dan dipohon pertolongan dengan apa-apa yang boleh mendekatkan aku kepada-MU wahai TUHAN yang punyai ketinggian dan kemuliaan, wahai TUHAN yang amat Mengasihi. Dan semoga ALLAH rahmati Saidina Muhammad, Nabi yang ummi dan kaum keluarganya, juga sahabatnya. Dan segala puji-pujian untuk TUHAN Semesta alam.
* Doa ini dibaca selepas Maghrib malam 1 Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata, “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana ALLAH telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.

    ::Forget  the past and build a better life:: 

   Andai diri pernah melalui lorong-lorong gelap lagi hina,kembalilah ke jalan yang benar..Jalan yang disinari cahaya keislaman..jalan yang suci serta kudus dengan cinta-Nya..

  Andai diri pernah rebah dek hasutan nafsu,bangkitlah!Perangilah nafsumu!Usah dibiar nafsu menguasaimu tetapi biarlah dirimu yang menjadi kapten untuknya..

  Andai tuhan pernah dirimu tinggalkan nun jauh dari hati,jiwa serta diri,beristighfarlah..muhasabah diri semula..cermin kelemahan diri..kembalilah pada tuhanmu..bersujudlah pada-Nya memohon maghfirah serta Nur Hidayah-Nya..

   Andai hati disaluti virus hasad dengki,carilah penawar untuk mengubatinya..Al-Quran..itulah penawar paling mujarab untuk segala penyakit..hayati serta fahamilah ia kerna darinya dapat dirimu peroleh sesuatu yang bermanfaat..

    Lupakan segala kenangan suram hidupmu serta binalah satu kehidupan baru yang bakal menyinari hidupmu dengan suluhan taqwa dan iman..Tanamkan matlamat hidup yang baru serta berusahalah untuk mencapainya..La tahzan wa la taqlaqu..Innallahama'ana..Wa mahyana wa mamatina lillahita'ala faqat..insyaAllah..
Wallahua'lam..

::nukilan ikhlas:Nur Tasnim Imtiaz

Ragam Nurqistina Arifah






Assalamualaikum...cepatnya masa berlalu....ina pun dah berumur 2 tahun 5 bulan.Seronok rupanya melayan keletah anak-anak ni.Anak anugerah Ilahi...

Hari ini juga ...Ina mengembalikan ingatanku terhadap pemukiman dibumi kinanah 5 tahun yang lalu.Baju Welcome to egypt yang dibeli dulu menjadi milik sikecil ini.Ermnnhhh...Bilakah lagi aku akan kesana...?Insya Allah...Ada rezki nanti...pasti aku akan sampai ke sana....Teringat kumasyfin di qalyubiah...

Banjir Kelantan semakin buruk, Rantau Panjang terputus hubungan

KOTA BHARU: Keadaan banjir di Kelantan petang ini semakin buruk apabila bandar Rantau Panjang kini terputus hubungan akibat ditenggelami air sedalam satu meter.

Mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara, kini mencecah 2,084 individu di seluruh Kelantan berbanding 1,571 pagi tadi.


Kesemua premis perniagaan di bandar Rantau Panjang, iaitu pekan yang bersempadan dengan Bandar Golok, Selatan Thailand dengan hanya dipisahkan Sungai Golok, kini tidak beroperasi selepas digenangi air sejak lewat malam tadi.


Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan berkata, sehingga jam 3 petang tadi, seramai 2,084 mangsa membabitkan 606 keluarga di daerah Bachok, Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Tumpat diarah pindah berikutan kawasan kediaman mereka ditenggelami air.

“Jumlah pusat pemindahan yang dibuka kini berjumlah 23 berbanding 19 pusat pagi tadi,” katanya.

Beliau berkata, enam laluan masih ditutup kepada kenderaan ringan iaitu lima di daerah Pasir Mas dan satu di Tumpat.

Laluan yang ditutup, katanya ialah di KM3 Jalan Pengkalan Rakit (Pasir Mas), KM9 Jalan Pohon Tanjung-Rantau Panjang (Pasir Mas), Jalan Pohon Tanjung-Meranti (Pasir Mas), KM3 Jalan Tendong-Bunut Susu-Gelang Mas (Pasir Mas), KM10 Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu (Pasir Mas) dan KM9 Jalan Cabang 4/Kampung Jambu/Meranti (Tumpat).

Jurucakap itu berkata, paras Sungai Golok masih bertahan di paras 10.28 meter, melebihi paras bahaya 9 meter, manakala sungai utama lain di Kelantan berada pada paras berjaga-jaga. - BERNAMA