KOTA BHARU: Keadaan banjir di Kelantan petang ini semakin buruk apabila bandar Rantau Panjang kini terputus hubungan akibat ditenggelami air sedalam satu meter.
Mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara, kini mencecah 2,084 individu di seluruh Kelantan berbanding 1,571 pagi tadi.“Jumlah pusat pemindahan yang dibuka kini berjumlah 23 berbanding 19 pusat pagi tadi,” katanya.
Beliau berkata, enam laluan masih ditutup kepada kenderaan ringan iaitu lima di daerah Pasir Mas dan satu di Tumpat.
Laluan yang ditutup, katanya ialah di KM3 Jalan Pengkalan Rakit (Pasir Mas), KM9 Jalan Pohon Tanjung-Rantau Panjang (Pasir Mas), Jalan Pohon Tanjung-Meranti (Pasir Mas), KM3 Jalan Tendong-Bunut Susu-Gelang Mas (Pasir Mas), KM10 Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu (Pasir Mas) dan KM9 Jalan Cabang 4/Kampung Jambu/Meranti (Tumpat).
Jurucakap itu berkata, paras Sungai Golok masih bertahan di paras 10.28 meter, melebihi paras bahaya 9 meter, manakala sungai utama lain di Kelantan berada pada paras berjaga-jaga. - BERNAMA

0 comments:
Post a Comment