BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, January 19, 2011

Kementerian tetap tarikh periksa 2011

KEMENTERIAN Pelajaran mengumumkan tarikh peperiksaan umum yang akan berlangsung tahun ini, bertujuan memberi peringatan awal kepada calon supaya mereka lebih bersedia menghadapi ujian berkenaan.

Semua peperiksaan itu membabitkan murid Tahun Enam yang akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) untuk pelajar Tingkatan Tiga serta pelajar Tingkatan Lima yang akan menduduki Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud, dalam kenyataannya berkata UPSR dijadualkan berlangsung selama tiga hari bermula 13 September.

Katanya, PMR selama lima hari yang bermula 4 Oktober dan berakhir 11 Oktober, manakala STAM selama lima hari bermula 12 Oktober. SPM pula bermula pada 14 November hingga 14 Disember.

Beliau berkata, penyusunan jadual peperiksaan turut mengambil kira cuti perayaan iaitu Hari Keputeraan Sultan Johor iaitu pada 22 November (Selasa), Awal Muharram (27 November) dan Hari Keputeraan Sultan Selangor (11 Disember).

“Cuti Awal Muharram dan Hari Keputeraan Sultan Selangor yang jatuh pada Ahad, masing-masing akan digantikan pada Isnin iaitu pada 28 November dan 12 Disember 2011.

Berita Harian Online: 3 Januari 2011

Saturday, January 8, 2011

Salam Maal Hijrah 1432H..


                                                                               
     
:: DOA KHUSUS AKHIR TAHUN HIJRAH - 29 ZULHIJJAH


Doa Akhir Tahun
Segala puji hanya layak untuk ALLAH, TUHAN semesta alam. Selawat dan salam ke atas Saidina Muhammad dan juga keluarganya dan juga para sahabat seluruhnya. Ya ALLAH, apa-apa kami lakukan pada tahun ini yang sesetengahnya ENGKAU larang dari kami melakukannya sedangkan kami belum bertaubat, dan ENGKAU pun belum meredainya, walaupun ENGKAU belum mahu melupakannya, namun ENGKAU masih mengasihi kami setelah menghukum kami, dan ENGKAU masih menganjurkan kepada kami supaya bertaubat selepas kami melakukan maksiat, maka dengan ini kami memohon ampun, maka ampunilah kami. Dan manakala apa-apa kebaikan yang kami lakukan mendapat reda-MU, ENGKAU janjikan pula pahala untuk kami, maka dengan ini kami memohonnya kepada ENGKAU wahai TUHAN yang punyai ketinggian dan kemuliaan, terimalah apa-apa dari kami dan janganlah ENGKAU kecewakan harapan kami ini. Semoga ALLAH merahmati Saidian Muhammad dan kaum keluarganya, juga para sahabatnya. Dan sekali lagi ditegaskan segala puji hanya layak untuk ALLAH, TUHAN semesta alam.
* Doa ini dibaca sementara menanti waktu Maghrib pada malam 29 Zulhijjah.

:: DOA KHUSUS AWAL TAHUN HIJRAH - 1 MUHARRAM

                                                                                       
Doa Awal Tahun
Segala puji hanya layak untuk ALLAH, TUHAN semesta alam. Selawat dan salam ke atas saidina Muhammad semulia-mulia Rasul dan kaum keluarganya, juga para sahabat seluruhnya. Ya ALLAH, ENGKAU-lah yang kekal, yang sedia ada dari awalnya lagi, dan ENGKAU-lah yang mempunyai limpah kurnia yang besar dan pemurah yang melimpahi, maka pada tahun yang baru menjelang ini, kami memohon benteng perlindungan dari gangguan syaitan yang direnjam dan pemimpinnya, juga tentera-tenteranya. Juga minta bantuan dari gangguan nafsu amarah yang sentiasa mengajak kepada kejahatan, dan dipohon pertolongan dengan apa-apa yang boleh mendekatkan aku kepada-MU wahai TUHAN yang punyai ketinggian dan kemuliaan, wahai TUHAN yang amat Mengasihi. Dan semoga ALLAH rahmati Saidina Muhammad, Nabi yang ummi dan kaum keluarganya, juga sahabatnya. Dan segala puji-pujian untuk TUHAN Semesta alam.
* Doa ini dibaca selepas Maghrib malam 1 Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata, “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana ALLAH telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.

    ::Forget  the past and build a better life:: 

   Andai diri pernah melalui lorong-lorong gelap lagi hina,kembalilah ke jalan yang benar..Jalan yang disinari cahaya keislaman..jalan yang suci serta kudus dengan cinta-Nya..

  Andai diri pernah rebah dek hasutan nafsu,bangkitlah!Perangilah nafsumu!Usah dibiar nafsu menguasaimu tetapi biarlah dirimu yang menjadi kapten untuknya..

  Andai tuhan pernah dirimu tinggalkan nun jauh dari hati,jiwa serta diri,beristighfarlah..muhasabah diri semula..cermin kelemahan diri..kembalilah pada tuhanmu..bersujudlah pada-Nya memohon maghfirah serta Nur Hidayah-Nya..

   Andai hati disaluti virus hasad dengki,carilah penawar untuk mengubatinya..Al-Quran..itulah penawar paling mujarab untuk segala penyakit..hayati serta fahamilah ia kerna darinya dapat dirimu peroleh sesuatu yang bermanfaat..

    Lupakan segala kenangan suram hidupmu serta binalah satu kehidupan baru yang bakal menyinari hidupmu dengan suluhan taqwa dan iman..Tanamkan matlamat hidup yang baru serta berusahalah untuk mencapainya..La tahzan wa la taqlaqu..Innallahama'ana..Wa mahyana wa mamatina lillahita'ala faqat..insyaAllah..
Wallahua'lam..

::nukilan ikhlas:Nur Tasnim Imtiaz

Ragam Nurqistina Arifah






Assalamualaikum...cepatnya masa berlalu....ina pun dah berumur 2 tahun 5 bulan.Seronok rupanya melayan keletah anak-anak ni.Anak anugerah Ilahi...

Hari ini juga ...Ina mengembalikan ingatanku terhadap pemukiman dibumi kinanah 5 tahun yang lalu.Baju Welcome to egypt yang dibeli dulu menjadi milik sikecil ini.Ermnnhhh...Bilakah lagi aku akan kesana...?Insya Allah...Ada rezki nanti...pasti aku akan sampai ke sana....Teringat kumasyfin di qalyubiah...

Banjir Kelantan semakin buruk, Rantau Panjang terputus hubungan

KOTA BHARU: Keadaan banjir di Kelantan petang ini semakin buruk apabila bandar Rantau Panjang kini terputus hubungan akibat ditenggelami air sedalam satu meter.

Mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara, kini mencecah 2,084 individu di seluruh Kelantan berbanding 1,571 pagi tadi.


Kesemua premis perniagaan di bandar Rantau Panjang, iaitu pekan yang bersempadan dengan Bandar Golok, Selatan Thailand dengan hanya dipisahkan Sungai Golok, kini tidak beroperasi selepas digenangi air sejak lewat malam tadi.


Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan berkata, sehingga jam 3 petang tadi, seramai 2,084 mangsa membabitkan 606 keluarga di daerah Bachok, Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Tumpat diarah pindah berikutan kawasan kediaman mereka ditenggelami air.

“Jumlah pusat pemindahan yang dibuka kini berjumlah 23 berbanding 19 pusat pagi tadi,” katanya.

Beliau berkata, enam laluan masih ditutup kepada kenderaan ringan iaitu lima di daerah Pasir Mas dan satu di Tumpat.

Laluan yang ditutup, katanya ialah di KM3 Jalan Pengkalan Rakit (Pasir Mas), KM9 Jalan Pohon Tanjung-Rantau Panjang (Pasir Mas), Jalan Pohon Tanjung-Meranti (Pasir Mas), KM3 Jalan Tendong-Bunut Susu-Gelang Mas (Pasir Mas), KM10 Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu (Pasir Mas) dan KM9 Jalan Cabang 4/Kampung Jambu/Meranti (Tumpat).

Jurucakap itu berkata, paras Sungai Golok masih bertahan di paras 10.28 meter, melebihi paras bahaya 9 meter, manakala sungai utama lain di Kelantan berada pada paras berjaga-jaga. - BERNAMA