Isu
kegemukan sejak dari dulu lagi sering menjadi topik perbualan. Namun,
jika dulu, kegemukan sering diperkatakan berlaku di kalangan dewasa,
kini masalah sama dihadapi kanak-kanak dan ia bukanlah dianggap berita
baik. Pelbagai faktor dikaitkan dengan kegemukan di kalangan kanak-kanak
seperti gaya hidup dan pemakanan tidak terkawal. Namun, lumrah, ramai
ibu bapa gembira melihat anak gemuk kerana dianggap comel. Lalu diberi
kasih sayang sepenuhnya termasuk keperluan lain seperti makanan dan
minuman.
Namun,
perlu diingat, gaya hidup seperti itu andai diteruskan hingga dewasa,
bakal mengundang masalah seperti mudah mendapat penyakit selain faktor
rasa rendah diri akibat kegemukan atau obesiti.
Kegemukan yang dialami 98 peratus datang daripada sikap individu itu sendiri.
Dalam
menangani isu kegemukan, faktor yang perlu diambil kira ialah soal
keupayaan jantung untuk mengepam darah yang membawa zat atau nutrisi
tertentu ke seluruh badan. Secara ringkasnya, semakin gemuk diri anda,
semakin banyak bebanan jantung untuk mengepam darah ke bahagian badan
yang diselaputi lemak.
Jika sudah dewasa, dikhuatiri anak yang
sudah biasa dengan pemakanan dan berat badannya, merasa ingin berubah
dan melakukan senaman.
Sehubungan itu, didikan dan rangsangan
sejak dari kecil sangat digalakkan. Ibu bapa perlu memberi panduan
mengenai kepentingan menjaga pemakanan dan berat badan kepada anak
mereka.
Mari kita lihat beberapa panduan untuk mendidik kanak kanak bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat:
*
Didik mereka supaya memahami konsep bersenam. Ia adalah untuk sihat
seperti mengeluarkan peluh dan ajar anak penting menjaga kesihatan.
Berikan ganjaran sebagai galakan jika mereka berjaya melakukan dan
mengamalkan gaya hidup sihat
* Jika anak anda banyak menghabiskan
masa menonton televisyen atau bermain permainan video dan langsung
tidak keluar rumah, lakukan cara yang paling mudah dengan menyuruh
mereka membuang sampah atau pergi ke kedai membeli barang. Setidaknya,
mereka boleh mengeluarkan peluh.
* Beli basikal untuk anak anda
dan setiap petang keluar bersama menjalankan aktiviti berbasikal. Jika
tidak, anda boleh menemani mereka berbasikal di taman.
* Benarkan
mereka keluar rumah untuk berkawan atau bawa mereka bersama ketika anda
ingin berkunjung ke rumah rakan atau saudara. Pengaruh rakan sebaya
dapat meningkatkan lagi semangat anak anda.
* Mencari satu
komuniti ibu bapa yang mempunyai anak dan tubuhkan satu komuniti di
kalangan mereka dalam bersukan atau beriadah. Ibu bapa juga boleh turut
serta dalam menjalankan aktiviti bersenam.
* Kurangkan memberi makanan ringan atau jika boleh, jangan ajar anak anda memakan makanan ringan sejak kecil lagi.
*
Ajar anak untuk memakan sayur-sayuran dan buah buahan. Kebanyakan ibu
bapa terlalu mengikut selera anak apabila mereka tidak menyukai makanan
tertentu seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Namun sebagai ibu bapa,
perlu kreatif dan mencuba pelbagai cara supaya anak anda dapat menerima
makanan begini.
* Senaman perlu dilakukan sekurang kurangnya tiga kali seminggu selama 20 minit dan lakukan bersama anak-anak anda.
Sunday, August 11, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment