Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:
Jibrail datang kepada Nabi s.a.w pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu disaat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu besar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya." Lalu Nabi s.a.w. bersabda:
"Ya Jibrail, jelaskan padaku
sifat Jahannam." Jawabnya: "Ketika
Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah,
kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun
sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan
baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar
lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana
panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli
neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi
kerana panas dan bahangnya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya. Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya. Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api.
Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada
bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan." Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak,
tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu
jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali
ganda." (iaitu yg lebih bawah lebih panas) Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah
penduduk masing-masing pintu?" Jawab Jibrail:
1. "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan
orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s. serta
keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
2. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim
3. Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
4. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum Majusi
bernama Ladha
5. Pintu kelima orang Yahudi bernama Huthomah dan
6. Pintu ke enam tempat orang Nasara bernama Sa'eir." Kemudian Jibrail diam segan pada
7. Rasulullah
s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke
tujuh?" Jawabnya: "Di
dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat
bertaubat."
Maka
Nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail
meletakkan kepala Nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah
sedar Nabi s.a.w bersabda: "Ya
Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummatku yang akan masuk ke
dalam neraka?"
Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah. (dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai") Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahariKu.
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
10.
Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat Nastaghfirullah
11. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat
11. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat

0 comments:
Post a Comment