BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, July 22, 2017

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran yang ke 9




Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan. 

 Ya Allah, tiada yang mudah kecuali Engkau yang memudahkan dan Kau jua Ya Allah yang menjadikan yang susah itu mudah. Permudahkanlah kehidupannya dan keluarganya. Jauhkanlah dari segala bala dunia dan akhirat. Jauhkanlah dia dari pujukan iblis dan syaitan serta jauhkanlah dia dari kejahatan manusia dan jin yang memusuhinya dan jauhkanlah dia dari pengaruh nafsu yang menyesatkannya.

Ya Allah, Kau berikanlah padanya kesihatan fizikal dan mental yang terbaik, terangilah hatinya dengan cahaya hidayahMu, Perbaikanlah amalannya dan tunaikanlah hajatnya baik dalam agama, dunia dan akhirat. Hidupkanlah dia dengan keimanan dan matikan lah dia bila sampai masanya dalam keimanan. Sesunguhnya hanya Engkau yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu kejadian.

Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosanya dan kedua ibubapanya serta keluarganya dan semua teman dan sahabatnya kerana hanya Engkau Maha Pengampun akan setiap dosa.

Ya Allah jadikan dia juga seorang mukmin yang solehah kepada semua yang berkaitan dengannya.

Ya Allah, kami menadah tangan mengakhiri permintaan ini dengan permintaan semoga Kau kurniakan segala kebahagiaan, kejayaan, kekayaan dan keindahan kepada sahabat kami ini di dunia dan akhirat. Kau Jadikan dia hamba yang beriman, bertaqwa, beramal soleh dan bersabar atas segala perintahMu dan ketetapanMu.

0 comments: